بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Saturday 25 October 2014


::hati semoga kau kuat bukan untuk hari ini tapi unuk setiap hari..::

Monday 16 June 2014

:: BUKA MINDA ::

 ..sedikit perbincangan tentang hukum hudud dalam al ahkam .. yang agak menarik :)
~buka mata @_@~



Firman Allah Taala:
Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)
FirmanNya lagi:
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya. Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim. (Al-Baqarah:229)
FirmanNya lagi:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman. (Al-Nur:2)
--------------
Begitulah sebahagian dari nas-nas yang berhubungkait dengan kewajipan qisas dan hudud. Amat malang sekali di dunia Islam, yang pemerintahnya adalah orang Islam dan yang rakyatnya majoriti beragama Islam telah meminggirkan firman-firman yang berkaitan dengan qisash dan hudud. Tambah malang lagi, umat Islam takut terhdap pelaksanaan hukum hudud. Lebih takut dari hantu jembalang. Dan bertambah-tambah malang lagi, ialah apabila ada di kalangan tertentu dari umat Islam yang cuba melakukan propaganda halus memomokkan rakyat dengan undang-undang hudud. Mereka itu adalah golongan yang sedang menerima laknat dari ALlah Rabbul Jalil.
------------------
Akibatnya, keadilan hudud terlindung. Malah ada yang cuba menghina dan mempermain-mainkannya. Minta Allah lindungi kita dari perbuatan itu.
Umat Islam sendiri merasa asing dengan hukum syariat yang sebenarnya adalah sebahagian dari agama panutan mereka. Pada hakikatnya, undang-undang barat itulah yang asing dari diri mereka.
Semoga Allah melaknat mereka yang cuba menutup-nutup keadilan dan keagungan hudud sebagaimana Dia telah melaknat saudara sealiran dengan mereka sebelumnya.
------------------
Apabila disebut sahaja hudud, maka ramai yang terbayang satu perlaksanaan undang-undang yang kembali kepada seratus, dua ratus malah beribu tahun yang silam. Samada isi undang-undang itu ataupun perlaksanaannya.
Apabila disebut hudud lagi, mereka akan berkata:
"...habislah akan kudunglah tangan anak-anak kita."
"habislah, akan mati kena rejamlah anak-anak muda..
"Habislah... bla.. bla..."
Seolah-olah, apabila hudud dijalankan, maka semua orang akan berebut-rebut untuk mencuri agar tangannya dipotong. Mereka membayangkan, bahawa anak-anak muda akan bersesak-sesak untuk berzina agar dirinya disebat 100 kali. Manakala para isteri dan suami berlumba-lumba untuk berzina agar dirinya mati direjam batu.
Namun, apabila undang-undang ciptaan otak manusia mengatakan bahawa pengedar dadah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati, maka mereka dengan rela hati bersetuju. Katanya: "Memang patut dan adil.." Tidak terkeluar dari lisan-lisan mereka mengatakan bahawa undang-undang itu zalim dan kejam.
Semasa undang-undang ini diluluskan, tidak ada seorangpun yang mengatakan: ".. Habislah, matilah anak-anak kita kena gantung.."
Memang, di dalam Islam perlaksanaan takzir (menurut setengah mazhab) boleh mencecah hingga ke hukum bunuh, seperti kes pengedar dadah.. Bukan ini yang kita persoalkan. Ia hanya secara kebetulan bertepatan dengan Islam. Ia bukan undang-undang Islam.
Inilah kesan dari seruan halus golongan berhaluan sekular.. Hingga begitu parah jadinya.
--------------
Lagi....
Apabila kita katakan, bahawa di dalam Islam:
* Orang yang mencuri hendaklah dipotong tangan.
* Orang bujang yang berzina disebat 100 kali, jika telah berkahwin direjam sampai mati.
* Bunuh balas bunuh, luka balas luka dsbnya..
Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya... Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud. Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya.. AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di dalam al-Quran.
Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada undang-undang Islam atau undang-undang mereka.

Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan berbanding dengan orang kafir.
Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.
Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud. Perlu begini dan begini...

Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah penjenyah yang terlepas begitu sahaja...
------------------
Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita wajib melarikan diri darinya.
Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu mendekatinya dan berdakwah kepadanya.
Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.
Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman dan pembantu kita..
"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka." (Al-Maidah:49)
Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah ini.
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di mukabumi, maka berilah keputusan (hukuman) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab siksa yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Shad:26)

:: WAHAI PEMUDA JANGAN SANGKA MATIMU TUA ::


:: 7 HAL ::



Nabi S.A.W bersabda: " Malaikat Jibril selalu memberitahuku 7 hal setiap kali menyampaikan firman Allah sehingga tujuh hal tersebut kuanggap sangat penting atau hampir wajib."

-Berbuat baik pada tetangga.
-Jangan sekali-kali menceraikan isteri (rawatlah wanita secara baik).
-Jangan terlalu kerasi dengan budak atau buruh.
-Jangan lupa bersiwak (membersihkan mulut) sholat 2 rakaat dengan bersiwak lebih besar --pahalanay daripada shalat 70 rakaat tanpa bersiwak terlebih dulu.
-Jangan lupa shalat berjamaah--Nabi beranggapan bahwa shalat tidak sah jika tidak -berjamaah.
-Selalu shalat malam.
-Selalu berzikir kepada Allah---tidak bermanfaat suatu pembicaraan jika tidak dibarengi dengan dzikir (ingat) kepada Allah.

Nabi S.A.W bersabda: "Allah menyukai seseorang orang kerana tiga perkara."

-Orang yang punya kekuatan/kekuasaan yang dgunakan untuk taat kepada Allah. Misalnya  waktu kita masih sehat, memiliki waktu luang seabiknya dimanfaatkan untuk beribadah.
-Orang yang menangis dan menyesal setelah berbuat maksiat.
-Orang yang sabar ketika miskin ---orang miskin itu memiliki 3 perhiasan : tidak minta-minta (bekerja sendiri), syukur saat mendapat nikmat, sabar saat tertimpa musibah. * Nabi mengatakan: Bingkisan yang paling berharga bagi orang mukmin adalah fakir. (Orang fakir yang sabar akan masuk surga dengan lebih mudah dan ketika di surga akan bersanding dengan Nabi Besar Muhammad saw.)

Nabi S.A.W bersabda: " Nanti di hari kiamat Allah tidak akan melihat (kasihan) terhadap 7 orang (golongan). Mereka akan dimasukkan ke neraka."

-Orang yang suka sesama jenis (seperti kaum Nabi Luth).
-Orang yang menikah dengan tangannya sendiri (berbuat sendiri untuk mendapat kepuasan)
-Orang yang mengumpuli kuda.
-Orang yang mengumpuli isterinya lewat jalan belakang.
-Orang yang mengumpuli anaknya sendiri.
-Orang yang mengumpuli isteri orang lain.
-Orang yang menyakiti tetangganya.

Nabi S.A.W bersabda: " Aku melaknati terhadap 6 golongan."

-Orang yang menambah- nambah kitab Allah
-Orang yang tidak percaya terhadap kepastian Allah
-Raja / penguasa yang berbuat sewenag-wenang---yang salah dibuat benar, yang benar disalahkan atau yang mengangkat orang yanng dicela Allah 
-Orang yang menghalalkan barang di tanah Haram (Mekah)
-Orang yang menghalalalkan yang diharamkan Allah
-Orang yang berpaling dari jalannya Nabi Muhammad  S.A.w

Monday 30 December 2013

:: wanita::



1. Isteri – wanita pada zaman Islam memainkan peranan utama sebagai seorang isteri. Isteri memainkan peranan sebagai penyejuk mata suami akan timbul suasana rumah itu sakinah (ketenangan). Lihat sahaja peranan Khadijah isteri Nabi :saw.
a. meredakan kesusahan Nabi :saw semasa baginda buat pertama kalinya menerima wahyu. Sikap beliau yang sungguh positif dalam menghadapi keadaan psikologi Nabi :saw dalam keadaan begitu.
b. menemukan Nabi :saw dengan pamannya, Waraqah bin Naufal yang menjelaskan cirri kenabianya. Dengan kata lain, memandu seorang suami dalam mendapat kebenaran.
c. Walaupun Waraqah sudah menyatakan bahawa Nabi :saw akan ditentang oleh kaumnya, akan tetapi Khadijah tetap berada dibelakang suaminya.
Ummu Salamah sebagai isteri Nabi :saw, sanggup meninggalkanperkara yang wanita sukain itu berhias, sebagai ketaatannya kepada suami.

2. Ibu – kesibukan para sahabat mencari nafkah dengan berniaga dan sebagainya, menjadikan tanggungjawab ibu itu lebih tertumpu kepada nak-ehwal anak-anak mereka. Merekalah yang menyediakan makanan, pakaian dan keselesaan bersama. Disana kita dapat lihat Allah swt mendahulukan ibu dari bapa kepada anak-anak ini.

3. Jihad – barisan hadapan. Pada zaman Nabi :saw, antara wanita yang hebat berjuang di medan pertempuran adalah Nusaibah binti Kaab. Beliau menghayunkan pedang semasa peperangan Uhud melindungi Nabi :saw. Sewaktu peperangan Uhud, Rasulullah saw melihat seorang wanita mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda saw. Beliau digelar Ummu Umarah iaitu pahlawan wanita yang mempertaruhkan nyawa kerana Islam. Seorang lagi tokoh wanita yang berani adalah Khaulah binti Azwar. Beliau dikenali sebagai pahlawan Berkuda Hitam
Asma bt Abu Bakar semasa Nabi :saw dan Abu Bakar menyorok di Gua Tsur telah bersabung nyawa menghantar makan kepadamereka berdua.

Kaum wanita juga menjadi penyambut Nabi :saw ketika hijrah ke Madinah dan pulang dari medan perang. Kaum wanita akan mengambil bahagian didalam menyambung kepulangan mujahidin dari peperangan.

4. Perubatan & Hospital – Hospital pertama yang dibina pada zaman Nabi :saw adalah Khemah Rufaidah al-Aslamiyah oleh seorang wanita yang bernama Rufaidah binti Ka’ab al-Aslamiyah. Berbekalkan ilmu perubatan, beliau telah merelakan dirinya menjai tabib disitu.
Pembantu Nabi :saw, Laila al-Ghaffariyah terut membantu tentera Islam yang cedera.

Ummu Atiyyah pernah diajar oleh Nabi :saw mengkhatan kanak-kanak perempuan telah menaburkan baktinya. Beliau juga terlibat dalam urusan jenazah wanita.
Ummu Sinaan pada masa Nabi ke Khaibar, menawarkan perkhidmatan menguruskan makanan dan merawat mereka yang cedera.

4. Guru - A’isyah ra. semasa Nabi :saw masih hidup, menjadi pembantu Nabi :saw dalam mengajar sesuatu huukum kepaa kaum wanita. Tanpa beliau, tidak mungkin fiqh wanita dapat diketahui secara terperinci terutamanay persoalan haid, nifas, mandi janabah, dan sebagainya.steri.
5. Ekonomi – wanita juga memainkan peranan didalam bidang ekonomi. Pada zaman Nabi :saw, wanita Islam memintal benang dan bulu bagi menghasilkan pakaian, termasuklah Ummu Salamah dan Ummu Ammarah. Selain dari itu mereka menganyam dan menyertu (tanning) kulit binatang.


a. Pendakwah - Saudah bt Zam’ah setelah memeluk Islam telah berdakwah kepada keluarga, dan akhirnya suaminya memeluk agama Islam.


b. Perawi hadith – Bagi Ahli Sunnah wal Jamaa’ah, A’isyah ra. merupakan perawi terpenting didalam rantaian hadith Nabi :saw. Memiliki hafalan yang bagus, beliau mampu meriwayatkan lebih dari 2,000 potong hadith. Asma’ ra. juga meriwayat 56 potong hadith.

c. Hafizah al-Quran – Urwah ibn al-Zubair mengatakan bahawa A’isyah aalah wanita yang paling alim didalam ilmu al-Quran, Fiqh, Syair dan Hadith.

d. Ahli Fiqh – Ahli Fiqh terunggul kaum wanita adalah A’isyah ra. Nabi :saw bersabda : "Ambillah separuh daripada agama kamu daripada wanita yang putih kemerah-merahan ini (A’isyah)". Beliau digelar Pintu Wanita – Bab al-Nisa’. Beliau merupakan pakar rujuk bagi permasalahan wanita.

7. Sosial & Munakahat – Terdapat kaum wanita pada ketika itu menyerikan majlis perkahwinan. Begitu juga tercatat beberapa kanak-kanak perempuan memukul rebanan dan menyanyikan lagu semangat mengenai kelebihan kaum Ansar semasa perang Badar. Ada dikalangan wanita yang bertindak sebagai Mak Andam, seperti Rumaisa’ bt Malhan sebagai penghias Safiyyah bt Huyayy.
Ini adalah diantara beberapa peranan wanita pada zaman Nabi:saw. Mereka aktif dan menjadi tulang belakang orang pemerintah Islam yang diterajui oleh Nabi Muhammad :saw.