بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Saturday, 7 December 2013

:: HAKIKAT DAKWAH :: IKWANUL MUSLIMIN ::



Allah SWT telah berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: “Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”. (Surah Yusuf: 108)

Ikhwan Muslimin (IM) adalah satu pertubuhan Islamiyyah yang lengkap (syumul) bekerja untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini demi merealisasikan matlamat yang dibawa oleh Islam yang maha suci.
IM beriman dengan Islam sebagai aqidah yang mengawal mereka agar berjalan seiring sesuai dengan Islam itu sebagai syariah (undang-undang) dan manhaj (metod) yang syumul merangkumi setiap sudut kehidupan.

Dalam situasi dakwah ini (sekarang) diuji dengan serangan yang amat dahsyat, konspirasi yang dilakukan oleh musuh terhadap dakwah dan pendokongnya, kita menegaskan di sini bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah yang tulen berjalan di atas petunjuk Nabi Muhammad SAW di sudut dakwah, islah (pemulihan) dan taghyir (perubahan).
Justeru, dakwah ini adalah kesinambungan bagi jalan asolah (tulen) yang telah dijalani oleh golongan terdahulu yang termulia. Dakwah ini adalah suci dari ketamakan dan hawa nafsu.

Dakwah ini tertegak untuk membangun bersama ummah mengembalikan semula keagungan Islam. Dakwah ini pasti akan mendapat kemenangan dengan izin Allah dan musuh-musuhnya tidak sekali-kali mampu menyekat dan menghalang perjalanan dan perkembangannya.

Allah SWT telah berfirman:
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
“Sedang rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”. (Surah Fathir:43)

Firman-Nya lagi:

إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
“Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”. (Surah al-Mukmin:51)

Untuk itu, berikut adalah penerangan dan pencerahan berkenaan beberapa perkara berkaitan dakwah serta hakikatnya seperti yang telah dinyatakan oleh Ustaz Imam Hasan al-Banna Rahimahullah. Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah “Ikhwan Di Bawah Panji Al-Quran”:

“Wahai Ikhwan, bahkan wahai manusia seluruhnya, kami bukan parti politik sekalipun politik di atas dasar Islam adalah merupakan inti kepada fikrah kami. Kami bukan pertubuhan kebajikan pembaikan sekalipun kerja kebajikan dan pembaikan adalah merupakan tujuan kami yang utama.

Kami bukan pertubuhan riadah (sukan) sekalipun riadah untuk kesihatan badan dan ruh adalah merupakan wasilah kami yang penting. Kami bukan semua bentuk yang disebutkan itu. Sesungguhnya semua itu mempunyai matlamat terhad dan mempunyai tempoh yang terhad. Boleh jadi ia tidak lebih dari sekadar pertubuhan yang hanya gah pada nama sahaja.

Tetapi kami (wahai manusia) adalah fikrah dan aqidah, nizam (sistem) dan manhaj (metod), tidak terhad kepada tempat tertentu dan tidak terikat dengan bangsa tertentu, tidak terkepung oleh sempadan-sempadan geografi, tidak akan terhenti dengan sesuatu kejayaan terhad yang dicapai sehingga Allah SWT mewariskan bumi ini beserta pendokongnya kerana ia merupakan nizam Rabb Al-‘Alamin dan manhaj Rasul Al-Amin”.

Di tempat yang lain Imam berkata pada akhir Risalah “Antara Semalam dan Hari Ini”:
“Wahai Ikhwan… Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan pertubuhan yang ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang terbatas, tetapi kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini, justeru kamu mendapat panduan dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menerangi kegelapan kebendaan dengan makrifat Allah. Kamu juga adalah suara yang bergema tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah SAW”.

Kita boleh simpulkan kata-kata Imam Al-Banna :

1. Bahawa Dakwah IM adalah Dakwah Rabbaniyyah:

Kerana asas yang berligar di atasnya tujuan kita ialah untuk membawa manusia dekat kepada Tuhan mereka, mengikat hati-hati mereka dengan Tuhan mereka, menumpukan sepenuh perhatian untuk agama dan dakwah mereka serta membersihkan matlamat dan usaha semata-mata kepada Allah Tuhan Semesta Alam.


2. Bahawa Dakwah IM adalah Dakwah Islamiyyah:

Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang maha mulia ini dengan kesyumulan, kekamalan dan ketamamannya.

Allah SWT berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat Aku kepada kamu, dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah Al-Maidah: 3)


3. Bahawa Dakwah IM adalah Dakwah ‘Alamiyyah:

 Kerana ia ditujukan kepada seluruh manusia dengan sebab manusia itu pada hukumnya adalah bersaudara; asal usul mereka satu.

Allah SWT berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).” (Surah Saba’: 28).
Mereka (manusia) tidak diberi kemuliaan melainkan dengan taqwa.

FirmanNya:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)”. (Surah Al-Hujurat: 13)

4. Bahawa Dakwah IM adalah Dakwah Yang Syumul:

 Ia tidak terhad pada satu sudut dalam kehidupan ini. Maka kita tidak boleh menghadkan gerak kerja hanya pada sudut politik iaitu pertembungan kepartian, perlumbaan untuk memenangi pilihanraya sahaja sekalipun politik itu juga merupakan sebahagian dari gerak kerja kita.
Kita juga tidak boleh hanya menumpukan gerak kerja dalam bidang kemasyarakatan, kecemasan serta bergaul mesra dengan anggota masyarakat sahaja, sekalipun semua gerak kerja kebajikan tersebut sebahagian dari tanggungjawab kita.

Akan tetapi dakwah IM ini merupakan dakwah yang syumul, merangkumi semua sudut kehidupan ini. Kesyumulan dakwah ini terjelma dari kesyumulan agama yang maha suci ini.

5.Dakwah IM adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin:

 Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan (kedua-duanya) itu merupakan tiang bagi dakwah ini dan keistimewaan yang membezakannya dengan dakwah lain. Sesungguhnya dakwah ini telah berupaya melalui manhaj tarbiyahnya mentakwin dan mentarbiyah soff yang mendokong dakwah dan bergerak dengannya.
Ia merupakan hasil yang terpenting kerana individu merupakan tiang pembangunan ummah. Justeru Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada Ikhwan: “Bentuklah diri kamu, nescaya ummah kamu akan terbentuk (menjadi baik)”.

Tarbiyah ini wajib diikuti oleh semua anggota IM; besar, kecil, lama, baru, pimpinan dan pengikut. Tidak ada di sana dalam IM orang yang berada di luar dari lingkaran tarbiyah dan takwin.

6.Dakwah IM adalah Dakwah yang Ikhlas dan Berprinsip:

 Dakwah ini mentarbiyah para pengikutnya untuk meletakkan keredhaan Allah dan ganjaranNya sebagai matlamat dalam semua gerak kerja dan kata-kata mereka, tanpa menoleh kepada habuan, pangkat, gelaran, maju atau mundur (dalam hidup).
Justeru ikhlas dijadikan salah satu dari rukun bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada Ikhwan dengan katanya: “Sesungguhnya bekerja secara senyap (diam dengan tidak menghebohkan kepada orang) di jalan ini lebih baik dari zahir”.

Dakwah ini juga suci (tidak terkesan) dengan hawa nafsu dan ketamakan, di mana individu yang bersama dakwah ini menumpukan sepenuh perhatian kepada fikrah serta prinsip-prinsip dakwahnya tanpa menoleh kepada prinsip, fikrah serta peribadi tertentu kerana dakwah ini membawa sebaik-baik fikrah.

Allah SWT berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang Kami telah sebati dengannya ialah) celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam)! Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNya jualah kami beribadat.” (Surah Al-Baqarah: 138)

Semua keterangan di atas membuktikan bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah yang suci. Ia bersifat rabbaniyyah pada titik bertolak dan pada matlamatnya. Ia bersifat muhammadiyyah pada petunjuknya. Ia bersifat islahiyyah syamilah pada manhajnya. Ia bersifat 'alamiyyah yang tidak terhad pada batas-batas tertentu atau dipisah-pisahkan oleh puak dan bangsa.


Peranan dakwah ini yang paling utama ialah seperti yang telah ditegaskan oleh Imam Al-Banna di dalam Risalah bertajuk “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia”:

“Memimpin dunia dan menunjuk ajar manusia seluruhnya kepada sistem-sistem Islam, pengajarannya yang berguna di mana ia tidak mungkin dapat membahagiakan manusia dengan selainnya”. Ia adalah ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini dan dihidupkannya dengan Al-Quran.

Inilah hakikat sebenar dakwah IM. Amat dangkal dan lemahlah jika ada orang yang menyangka bahawa ia mampu untuk menghentikan dan menghapuskan dakwah ini. Adalah rugi dan amat meleset sekali bagi orang yang tidak mengambil pengajaran dari sunnatullah (undang-undang ketentuan Allah) dalam dakwah ini.

Barangsiapa yang berusaha untuk menyekat dakwah Allah serta berusaha menghalang dakwah ini sampai kepada manusia, adalah seperti orang yang akhirnya berputus asa untuk menutup sinaran matahari dari manusia.

Allah SWT berfirman:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Soff: 8)


Friday, 6 December 2013

:: tarbiyah::

http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=366&Itemid=31

:: FUTUR MOHON JANGAN MENYERANG ::


::Futur::

Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa futur bahaya? kesan-kesan yang buruk.


1. Cuai kepada tanggung-jawabnya.
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas di dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.

2. Gugur dari jalan kebaikan.

Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya. Apabila dia gugur dari jalan kebaikan , maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.

3. Mati di dalam keadaan yang futur.

Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah swt mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah swt menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab irulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas. (Hadith riwayat Abu Daud)

Kenapa boleh futur ?

1-Terlebih di dalam pergaulan.
 Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud; 

“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)

2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.                                                                               
 Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.

4- Suka bersendirian.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.

5-Kurang mengingati mati.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang  akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.

6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.

7-Hati yang berpenyakit                                                                                                                 
    Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.

8-Permasalahan dalaman organisasi                                                                                   
  Bermacam-macam faktor yang boleh  menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.

Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :
Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]

Monday, 2 December 2013

::ketentuan::


bukan meminta simpati..bukan meminta perhatian.. tapi cuba kau berhenti berbicara dan berada di tempat aku sejenak ..dan lihatlah dunia melalui mataku ...mampukah?

jalan yang aku pilih ini..hanya aku pemilik kasut itu yang tahu ... ini ketentuan ..:'(
tapi aku percaya kaca2 itu ..akan berubah menjadi bunga.. di jalan mencari sinar cinta..
cinta teragung .. cinta ALLAH ..
ALLAH ... ku tahu engkau selalu ada untuk aku ..:)

Thursday, 28 November 2013

::aku ingin jadi muslimah::




..hidup ini perlukan pengorbanan
tatkala diri sedang bertatih mengenaliNya
pelbagai ujian mula menghimpit jiwa

aku masih wanita,
kerana aku belum selayaknya bergelar muslimah
tapi hati menjerit bila ..bila waktunya aku digelar muslimah
keadaan kini sangat membimbangkan diri
apa aku menjadi
muslimah cuma dalam angan
mampukah aku istiqamah
mampukah aku kuat
mampukah aku terus berjalan di jalan ini

hati sedih , hiba, merintih
wahai diri , kau masih dibelakang
ceteknya ilmumu jika dibanding mereka
hinanya dirimu bila disamping mereka

wahai diri ,kau seperti kanak2 kecil yg masih bertatih
bila masa nya kau berjalan
bila masa nya kau berlari
bila masa nya kau digelar "muslimah sejati "

ya rabb, sungguh aku mohon
jangan pernah tinggalkan aku
izinkan aku menjadi muslimah
izinkan aku menjadi hamba
izinkan aku menjadi manusia

ya rahman, tiada lagi tempat bergantung selain
ku genggam erat tali hidayahmu
biarpun hujan , petir , ribut melanda
jangan sesekali kau tinggalkan aku
bila aku hampir aku lepaskan tali itu
sirami aku dengan air hujanmu
biar aku sedar , biar aku bangkit
kerana hidupku perlu redhaMU

YA ALLAH ..bimbinglah aku di jalan ini ,
IZINKAN AKU MENJADI MUSLIMAH :(

Sunday, 9 June 2013

:Ku Tahu Ku Adamu TuHan ::


Alihkan matamu ke laut 
airnya cantik membiru  dan penuh ketenangan 
tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya.
begitulah kehidupan Manusia 
riang ketawa 
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya 
jika kau rasa kecewa , pandanglah ke sungai
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang 
jika kau sedih pandanglah
ke langit 
kau akan sedar bahawa Allah
sentiasa disisimu.....

Wednesday, 29 May 2013

:: DIA KEKASIH ALLAH...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.