بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Thursday 19 December 2013


Sabar.
Manusia kerdil, pasti akan kerap diuji dengan sifat ini. 
Bahkan di jalan dakwah ini...tidak terkecuali juga.
Jalan ini... benar-benar berat, payah..
Jalan ini...benar-benar menguji kebeningan dan keikhlasan sang hati..
Jalan ini...benar-benar akan memaksa dan mendesak diri untuk bertindak.
Samada mendekat atau menjauh darinya..


Sabar dan sabarlah!
"Kenapa aku lagi yang perlu buat?", protes sang hati.
Adakalanya, menyelinap masuk rasa mahu memilih-memilih kerja dakwah. 
"Aku mahu buat itu dan bukan yang ini", "aku tidak suka yang ini", tegas sang hati.
Adakalanya juga, dibuai rasa mahu bersenang-senang, berehat-rehat sebentar,
"Orang lain tiada ke? Letihlah", "nanti-nantilah", pinta sang hati.
Angkuhnya pada amal-amal yang terlalu sedikit dan kecil itu...
Yang entah diterima Allah atau sebaliknya!!! 
  

Sabar, sabar dan tetaplah bersabar!
"Kenapalah sifat dia begitu tidak menyamankan diri?", jengkelnya sang hati
"Ikutkan hati, enggan berbual panjang bersamanya"
'Lagi bagus, jika dapat lari dan loloskan diri darinya"
Mengah, letih, "ketatnya" wajah bersamanya...
Hanya kerana dia memiliki sifat-sifat yang tidak kita gemari..Yang tidak kita sukai.
Berlagaknya! Apakah menyangka diri sudah begitu sempurna akhlaknya!!!


Sabar dan kuatkanlah kesabaranmu!
Dalam celah-celah kehidupan apatah lagi yang mengaku dirinya daie,
Sabarlah dalam melaksanakan kewajipan yang ditaklifkan ke atasmu,
Tatkala bergolaknya nafsu, menuruti atau mujahadah,
Meskipun berat memikulnya..
Meskipun diuji perasaanmu..tenagamu..hartamu..
Bukankah Rasulullah menjamin bahawa dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya?


Bagi jiwa-jiwa yang sudah menapakkan dirinya di jalan dakwah, apatah lagi meyakininya,
Apa sangatlah kebaikan yang dimiliki jika dibandingkan dengan dosa, maksiat dan pelbagai lagi kekurangan diri?
Apa sangatlah???
Namun, Maha Pengasihnya Dia.
Betapa banyak kesempatan yang Dia berikan untuk kita di jalan ini..
Ditarbiyyah dan mentarbiyyah..
Alhamdulillah 'ala kulli hal..


Sabar dan kuatkanlah kesabaranmu!
Bukankah engkau sudah benar-benar tahu jalan ini payah, susah, perit, leceh?
Bukankah engkau sudah  benar-benar sedar bahawa jalan ini bukan untuk berpangku lengan dan eksklusif?
Bukankah engkau sudah  benar-benar faham bahawa jalan ini jalan pembersihan dan penyaringan?
Usahlah manja wahai diri!!!


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya 
di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya.” 
(Al-Kahfi:28)

No comments:

Post a Comment